Dua Warga Emas Maut Dalam Nahas Berasingan di Pahang

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang warga emas maut manakala seorang lelaki parah selepas kenderaan yang dipandu masing-masing bertembung di Km 8 Jalan Kuantan-ByPass dekat sini, malam Selasa.

Yaacob Mohd Sharif, 60, dari Taman Sri Beserah di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada sementara lelaki itu, Mohd Asmera Rashid, 36, dari Jaya Gading di sini, cedera parah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian jam 8 malam itu, Yaacob yang memandu kereta jenis Proton Waja dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke pelabuhan.

"Di tempat kejadian, dipercayai mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van yang dipandu Mohd Asmera.

"Akibat itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan Mohd Asmera yang parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan," katanya di sini, Rabu. Sementara itu, katanya seorang pejalan kaki, Mat Sah Jami, 63, dari Kampung Paya Pulai, Maran, terbunuh selepas dilanggar sebuah jip di Km 120 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh.

Katanya mangsa dilanggar ketika sedang melintas jalan.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan