Mayat Remaja Perempuan Ditemui Dengan Kesan Tusukan Di Leher

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun ditemui dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah longkang berhampiran padang bola di Jalan Tiong 7, Bandar Puchong Jaya, dekat sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.50 petang tadi yang menemui mayat tersebut.

"Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka kecil berlubang di leher," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata berdasarkan dokumen yang ditemui pada mayat itu, mangsa dikenali sebagai Parhwine Lucia Mejia Kaur.

Beliau berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang pada Rabu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan