Kegiatan Samseng Politik Menjelang PRU-13 Dipantau - Polis

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegiatan 'samseng politik' yang cuba mencetuskan huru hara menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dilapor berlaku di beberapa tempat.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihak polis menerima laporan mengenai pembakaran markas sebuah parti politik di Sri Iskandar, Perak dan membaling bom petrol di sebuah rumah di Klang Selatan, Selangor. "Kejadian membakar markas parti politik berlaku kira-kira 6 pagi yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.

"Bagi kes di Klang Selatan, suspek membaling bom petrol kepada sebuah rumah yang dipercayai untuk memberi peringatan kepada penghuninya supaya tidak mencampuri hal politik.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan kes sedang disasat polis," katanya dalam taklimat PRU13 kepada pihak media di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengenai kes menetak seorang pekerja parti ketika memasang bendera di Kemaman, Terengganu pada Jumaat lepas, Ramli berkata empat lelaki termasuk dua adik beradik akan didakwa di mahkamah esok.

R Beliau menegaskan samseng politik yang cuba mencetuskan huru hara tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. "Samseng politik tidak kira sama ada diupah mahupun disebabkan faktor ketaksuban yang bertindak untuk mana-mana parti politik bagi mencetuskan keganasan, perlu ingat bahawa undang-undang bukan berada di tangan mereka.

"Jika sesuatu kesalahan jenayah dilakukan, tindakan undang-undang menanti mereka dan tidak ada mana-mana parti politik yang dapat membantu kerana mereka sendiri yang akan berdepan tindakan undang-undang," katanya.

Beliau berkata polis akan meningkatkan pemantauan di seluruh negara dalam usaha membendung kegiatan samseng politik.

Ramli juga mengingatkan semua pihak supaya tidak melibatkan kanak-kanak dalam kempen mereka kerana ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 selain demi menjaga keselamatan kanak-kanak itu sendiri.

Beliau turut menasihati anggota parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian terhadap mana-mana pihak di samping menghormati bangsa, agama dan ideologi politik masing-masing. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan