Polis Tahan Tujuh Lelaki Anggota Kumpulan Bersenjata

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan tujuh lelaki disyaki anggota kumpulan samun bersenjata di Petaling Jaya dan Puchong bulan lepas, dan percaya dapat menyelesaikan 81 kes samun di sekitar Lembah Klang sejak 2011.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kesemua lelaki yang berusia antara 21 dan 30 tahun itu, yang dipercayai kumpulan samun menggunakan topeng ski dan bersarung tangan, ditahan dalam empat serbuan pada 27 Mac dan 28 Mac lepas.

"Kesemua mereka ditahan hasil penubuhan pasukan petugas ekoran kejadian samun bersenjata di Putra Heights pada 25 Mac lepas, yang menyebabkan seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM20,000," katanya pada persidangan berita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Isnin.

Beliau berkata polis menahan tiga lelaki di Flat Kinrara, Puchong, dalam tangkapan pertama dan masing-masing seorang di USJ 1 dan Bandar Sunway di Petaling Jaya dan dua lagi lelaki ditangkap di Pelabuhan Klang.

Tun Hisan berkata kesemua yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk seorang daripadanya memiliki 11 rekod jenayah seperti kes samun, memiliki senjata berbahaya dan pecah rumah.

Dua lagi didapati positif dadah, katanya.

Beliau berkata polis turut merampas barangan kemas bernilai lebih RM100,000, wang tunai berjumlah RM7,000, telefon bimbit, parang, topeng ski, sarung tangan dan pengikat kabel, yang dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa.

Polis juga merampas sebuah kereta jenis Honda City dengan nombor pendaftaran palsu, yang digunakan oleh kumpulan berkenaan semasa melakukan jenayah.

Tun Hisan berkata berdasarkan surat pajak gadai yang dirampas daripada kumpulan itu, polis menahan seorang pengusaha pajak gadai di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes berkenaan, terutama membabitkan urusan jual beli barangan kemas yang dicuri.

Beliau juga berkata dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis yakin berjaya menyelesaikan 81 kes samun bersenjata di Klang Selatan (27 kes), Serdang (15 kes), Subang Jaya (11 kes), Klang Utara (sembilan kes), Gombak (tujuh kes), Shah Alam (enam kes), Petaling Jaya (empat kes) dan dua kes di Kajang.

Sehubungan itu, beliau berkata polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa samun kumpulan bertopeng ski di kawasan terbabit supaya menghubungi pengawai penyiasat Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389157 untuk pengecaman barangan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan