Polis Bongkar Makmal, Rampas Dadah Bernilai RM300,000

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Orang Asli Kachau, Ulu Semenyih dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis turut merampas dua paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin dan tiga ketulan mampat disyaki berisi 'heroin base' yang masing-masing seberat 908.7 gram dan 1,134.6 gram dianggarkan bernilai RM300,000 serta pelbagai bahan kimia, dan beberapa peralatan memproses dadah.

"Polis menahan sepasang suami isteri yang berumur lingkungan 25 hingga 31 tahun dan pembantunya, 18 tahun, dalam serbuan pada 4 petang, 12 April lepas.

"Setakat ini kita hanya menahan tiga orang dan mengesyaki makmal itu baru beroperasi. Peralatan yang dirampas juga masih baharu dan ada yang belum diguna pakai," katanya kepada sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata suspek ditahan di rumah kampung Orang Asli yang juga dijadikan makmal memproses dadah.

Ab Rashid berkata siasatan awal polis mendapati suami kepada pasangan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan curi.

Katanya ketiga-tiga suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan