Tiga Ditahan, Pistol, Kereta Dan Dadah Dirampas

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita dan merampas sepucuk pistol, dua buah kereta dan beberapa bungkusan dadah di Hotel Richbaliz, Selayang Point, Selayang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 34 dan 37 tahun dipercayai menyamun wang tunai kira-kira RM1,000 dari sebuah pusat snuker di Kompleks Selayang Capital yang terletak kira-kira 100 meter daripada hotel itu pada pukul 8.15 pagi tadi.

Beliau berkata polis yang bertindak atas maklumat kemudiannya menyerbu hotel itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ketiga-tiga suspek sedang berada dalam keadaan khayal di dalam sebuah bilik.

"Pemeriksaan forensik yang dilakukan di bilik hotel itu turut menemui sepucuk revolver .38 serta beberapa paket ketamin dan ekstasi," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Abdul Rahim berkata polis turut menemui wang tunai yang disamun itu serta dua buah kereta yang dipercayai telah digunakan suspek.

Beliau berkata semasa menyamun pusat snuker itu, dua daripada suspek dilaporkan telah mengacukan revolver berkenaan ke arah pemilik pusat tersebut.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata api.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan