38 Warga Asing, Dua Majikan Ditahan Dalam Operasi Bersepadu

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 38 warga asing dan dua majikan warga tempatan dalam dua operasi bersepadu di premis perniagaan di Desa Sri Hartamas dan Solaris Dutamas di sini malam Sabtu.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata mereka terdiri daripada 17 lelaki dan 21 perempuan.

Mereka merupakan warga Indonesia, Thailand, Bangladesh, Filipina, China dan Myanmar. Kesemua warga asing berusia antara 17 dan 55 tahun itu ditahan dalam operasi selama empat jam bermula 6.30 petang, melibatkan 36 anggota Imigresen dari Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ketika serbuan itu kebanyakan warga asing sedang bekerja," katanya kepada pemberita selepas operasi.

Menurut James, antara kesalahan yang dilakukan warga asing terbabit adalah melanggar syarat pas serta permit dan satu daripada pas itu disyaki palsu.

Kesemua tahanan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Kuala Lumpur dan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap warga asing dan majikannya kerana mengambil warga asing yang tidak mempunyai pas atau permit sah.

Beliau berkata warga asing itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah manakala majikan itu pula ditahan mengikut Seksyen 55B iaitu mengambil pekerja yang tidak mempunyai permit sah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan