Polis Sarawak Kenal Pasti Tiga Kawasan 'Panas'

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Sarawak mengenal pasti tiga kawasan yang dianggap 'panas' pada pilihan raya umum ini dan akan meningkatkan pemantauan bagi mengekang perkara tidak diingini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kawasan terbabit iaitu Kuching, Sibu dan Miri dianggap panas kerana risikan menunjukkan kemungkinan berlaku kempen berbentuk provokasi.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Acryl Sani berkata kira-kira 8,800 anggota dan pegawai polis akan terbabit dengan tugas mengawal keselamatan di Sarawak sepanjang pilihan raya umum kali ini.

"Ini bagi meningkatkan lagi keyakinan anggota masyarakat bahawa keamanan tetap terjaga sepanjang tempoh pilihan raya," katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan Tabung Wira Lahad Datu daripada penduduk Saribas di sini yang disampaikan oleh penyandang kerusi dewan undangan negerinya Razi Sitam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan