Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Rimbunan Pokok Pisang

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam rimbunan pokok pisang di Lorong Kancil, Kampung Klang Gate di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat bayi itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 3.45 petang.

"Bayi perempuan yang dibaluti dengan kain dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak tiga hari lepas," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan