Wanita Rugi RN1,850 Ditipu Kenalan Facebook

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita dlaporkan mengalami kerugian RM1,850 akibat tertipu dengan kenalan Facebook.

Mangsa yang berumur 48 tahun dan tinggal di Raub dikatakan membayar wang tersebut untuk mendapatkan hadiah dari seorang warga 'Arab' yang dikenalinya sejak Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsuddin Wan Osman berkata menurut laporan mangsa pada Khamis, lelaki berkenaan mahu mengirimkan hadiah kepadanya sebagai tanda persahabatan mereka.

Beliau berkata pada 3 April lalu, mangsa telah dihubungi seorang wanita yang mendakwa dirinya kerani di sebuah syarikat penghantaran di Sarawak yang memberitahu hadiah untuknya sudah tiba dari Arab Saudi dan meminta mangsa memasukkan RM1,850 ke dalam sebuah akaun bank bagi tujuan pembayaran cukai.

Mangsa kemudiannya memasukkan jumlah wang berkenaan ke dalam akaun bank tersebut yang disusuli dengan penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) wanita berkenaan yang memberitahu hadiah mangsa berada di syarikat berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM5,000 sebelum dihantar kepadanya. Wan Samsuddin berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu tidak membuat bayaran itu sebaliknya membuat laporan polis.

Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan dan percaya sindiket terbabit dianggotai beberapa individu yang akan menjerat mangsa terutama wanita.

Polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan