Suami Isteri Maut, Anak Dua Tahun Parah Nahas Jalan Raya

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka yang berusia dua tahun parah apabila motosikal mereka dilanggar sebuah kereta di km341 Jalan Kuala Lumpur - Kota Baharu dekat Raub.

Pasangan yang maut itu ialah Mohd Fareez Ramli, 26, dari Kampung Pia, Dong dan isterinya, Siti Mariam Hashim, 25, manakala anak mereka Danial Fitri Syahmi, cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2 petang semalam itu, motosikal yang dinaiki tiga beranak itu dikatakan membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan sebuah kereta Proton Tiara tidak sempat membrek dan melanggar mereka.

"Akibat itu, motosikal mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan menyebabkan Mohd Fareez mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala isterinya mati ketika dirawat di Hospital Raub," katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua mangsa tidak memakai topi keledar.

Pemandu kereta berkenaan, Wan Ahmad Firdaus Wan Dzulkiffli dan seorang penumpang hadapan, Nurul Ashikin Mad Hashim, masing-masing berusia 25 tahun cedera ringan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan