Polis Tumpas 'Geng Miswan', Selesai 16 Kes Samun - Berita Jenayah | mStar

Polis Tumpas 'Geng Miswan', Selesai 16 Kes Samun

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis berjaya menumpaskan 'Geng Miswan' yang aktif menyamun warga emas dan penghantar surat khabar dengan penangkapan 11 suspek termasuk ketuanya Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kesemua mereka yang berusia antara 13 dan 21 tahun termasuk empat gadis itu, diberkas di kawasan Taman Alai Perdana dan Taman Melaka Raya.

Kumpulan ini yang dipercayai diketuai seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai terbabit dengan 16 kes samun warga emas dan penghantar surat khabar di daerah ini sejak Januari lalu, katanya pada sidang media, di sini, Jumaat.

Menurut Salehhudin, kumpulan itu lazimnya menyamun pada awal dinihari dan menyasarkan penunggang motosikal dengan menendang motosikal mangsa sehingga terjatuh sebelum mengugut mereka dengan sebatang besi.

Polis juga merampas tiga motosikal daripada suspek dengan dua daripadanya dilapor hilang di Plaza Mahkota serta Telok Mas selain sebatang besi yang dipercayai diguna untuk kegiatan kumpulan berkenaan.

Katanya hasil ujian air kencing mendapati enam daripada suspek positif dadah manakala siasatan awal pula mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampai bersabit dadah.

Suspek kini direman sehingga 17 April bagi membantu siasatan, katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan