Ahli Perniagaan Mati Ditembak di Persimpangan Lampu Isyarat di Seremban

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KES TEMBAK... Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak dua lelaki yang bersenjatakan pistol ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di Seremban pada Jumaat. -Foto BERNAMA
KES TEMBAK... Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak dua lelaki yang bersenjatakan pistol ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di Seremban pada Jumaat. -Foto BERNAMA

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di sini petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa James John, 45, yang memandu kereta Honda Accord dan dipercayai dalam perjalanan dari Taman Permai menuju Temiang sedang berhenti di persimpangan tersebut.

Menurut jurucakap polis, sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki dua lelaki turut berhenti di sebelah kenderaan mangsa.

"Salah seorang suspek kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol jenis semi automatik lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat sebelum melarikan diri. Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri maut di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan di kepala dan badan," katanya.

Katanya pihak polis turut menjumpai 12 kelongsong peluru jenis 9 milimeter berhampiran kenderaan mangsa. Jurucakap itu berkata pihak polis percaya suspek telah mengekori kereta mangsa sebelum bertindak ke atas mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Buat masa ini kita masih menyiasat motif kejadian dan juga sedang mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan