Empat Lelaki Larikan RM300,000 Dari Syarikat Pengiriman Wang

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang melarikan wang tunai berjumlah RM300,000 selepas merompak sebuah syarikat pengiriman wang, di sini Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang, empat lelaki terbabit datang ke syarikat itu yang terletak di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini dengan menunggang tiga buah motosikal.

Jurucakap polis berkata, mereka yang bersenjatakan beberapa bilah parang dan sepucuk pistol terus menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan yang ketika itu tiada pelanggan.

"Seorang daripada penjenayah yang bersenjatakan pistol telah mengacukan senjatanya ke arah seorang pengawal keselamatan di premis itu manakala tiga lagi kemudiannya mengarahkan pekerja di dalam premis supaya mengisi wang tunai di dalam beg dibawa mereka," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata, selepas beberapa minit kumpulan itu terus melarikan diri dengan menunggang tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran premis itu dan meninggalkan empat pekerja premis terbabit yang tidak dicederakan.

Katanya, seorang daripada pekerja kemudiannya menghubungi majikannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kita sedang melakukan siasatan rapi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis terbabit untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan