16 Remaja Lelaki Terlibat 271 Kes Curi Motosikal Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR:Polis menahan 16 remaja lelaki berumur 14 hingga 18 tahun yang masih belajar dipercayai terlibat dalam 271 kes kecurian motosikal kawasan Kota Setar sejak Januari hingga Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata remaja tersebut melakukan aktiviti jenayah secara berasingan, dalam kumpulan kecil dan diberkas dalam Ops Lejang.

Katanya polis turut merampas enam motosikal dan 37 rangka motosikal daripada remaja tersebut yang menyasarkan motosikal jenis Honda EX-5, Honda Wave dan Yamaha LC.

"Mereka akan mengintai motosikal yang diletakkan di pusat membeli-belah dan kawasan sunyi termasuk di dalam kawasan rumah dan mencurinya apabila berpeluang.

"Komponennya dileraikan dan dijual. Mereka juga guna komponen itu untuk ubah suai motosikal mereka bagi tujuan merempit. Rangkanya pula dibuang ke dalam sungai di sekitar daerah ini," kata Adzaman pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya Ops Lejang dilancarkan di seluruh negeri sepanjang tahun bertujuan membanteras kecurian motosikal bagi mengurangkan kejadian jenayah.

Beliau berkata dari Januari hingga Mac tahun ini polis menerima 309 laporan kecurian dan telah dapat menyelesaikan 38 kes.

"Saya ingin menasihatkan pemilik motosikal supaya menggunakan kunci tambahan bagi menyukarkan dan mencegah kecurian," katanya dan menambah semua remaja yang diberkas disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan