PRU: Jangan Taksub Bertaruh Walaupun Habuan Lumayan - Polis

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau taksub untuk bertaruh keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang walaupun dijanjikan habuan lumayan oleh sindiket perjudian haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bersekongkol dengan sindiket seumpama itu.

Polis, katanya, akan mengambil tindakan tegas terhadap individu, sindiket dan penaja pertaruhan yang didapati terlibat dalam kegiatan haram itu termasuk menahan serta mengheret mereka ke mahkamah.

"Sehingga kini, polis belum menerima aduan mengenai wujudnya sindiket perjudian membabitkan pertaruhan keputusan pilihan raya di Perak, namun kita sedang memantau dan akan menyiasat setiap maklumat berkaitan dengan bookie," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan pilihan raya akan datang berjalan lancar dan tidak mengandungi sebarang elemen perjudian dan pertaruhan.

"Pemantauan dan risikan secara agresif akan dijalankan bagi mematahkan kegiatan sindiket haram itu agar tidak terus-menerus meracuni fikiran orang ramai supaya bertaruh, sekali gus mengganggu proses pilihan raya," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menjadi mata dan telinga kepada polis dengan melaporkan dan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram itu.

Katanya individu terbabit kegiatan pertaruhan boleh didakwa mengikut Seksyen 63 Akta Pertaruhan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming memberitahu sidang media hari ini, pihaknya mengesan terdapat cubaan sindiket perjudian haram mengaut keuntungan di negeri ini yang dikhuatiri akan mencemari proses pilihan raya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan