PPDNKK Melaka Rampas Komputer Riba Guna Perisian Cetak Rompak Bernilai RM20,000

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka merampas tiga komputer riba yang menggunakan enam salinan perisian Microsoft cetak rompak bernilai RM20,000 di sebuah kedai komputer di Bukit Beruang pada Selasa.

Pengarahnya Muhabir Ibrahim berkata rampasan tersebut dilakukan berdasarkan aduan daripada pihak Microsoft berhubung penggunaan masing-masing tiga salinan perisian Microsoft Windows dan Microft Office cetak rompak bernilai RM2,000 setiap satu pada 1 tengah hari Selasa.

"Peniaga premis tersebut didapati memindahkan perisian tulen lebih daripada satu komputer riba di mana ia telah melanggar lesen penggunaan yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mengikut lesen yang dikeluarkan Microsoft, setiap perisian hanya dibenarkan digunakan pada satu komputer atau komputer riba sahaja.

Katanya pelanggaran salinan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 yang boleh dikenakan denda minimum RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap satu salinan langgaran atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Muhabir berkata siasatan mendapati kompter riba yang dirampas dijual pada harga RM1,349 setiap satu dan perisian setak rompak tersebut tidak dikenakan bayaran.

Beliau berkata dalam serbuan tersebut, terdapat dua pekerja berusia antara 20 hingga 30 tahun di dalam premis tersebut dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kedua-dua mereka serta memanggil pemilik perniagaan berkenaan. "Sekiranya cukup bukti dan saksi, kedua-dua mereka akan didakwa di mahkamah," katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan pengguna agar membeli perisian komputer yang tulen bagi mengelak sebarang kesulitan termasuk pencerobohan data maklumat pemilik komputer termasuk maklumat perbankan.

Katanya penggunan terutama pelajar boleh mendapatkan perisian Microsoft yang tulen pada harga RM300 bagi kegunaan tiga komputer dan ia merupakan satu jaminan keselamatan kepada mereka ketika melayari Internet. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan