Empat Ah Long Ditahan di Jerteh & Besut

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai. Mereka dipercayai datang dari luar negeri ini, katanya.

"Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh. "Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Beliau berkata hasil siasatan ke atas mereka, seorang lagi lelaki yang dipercayai sebagai penyelia mereka ditahan pada 4 April di Besut dan daripadanya dirampas sejumlah wang tunai serta dokumen urus niaga pinjaman.

Koh berkata ahli kumpulan ini dipercayai baharu dua bulan menjalankan kegiatan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan