200 Pil Kuda Dirampas di Jerteh

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Sebanyak 200 biji pil yaba atau kuda dirampas dari dua suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di Kampung Pengkalan Sentol dekat Jerteh awal pagi Ahad.

Bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata anggota peronda pada mulanya ternampak dua lelaki berkenaan sedang duduk di atas motosikal masing-masing dalam keadaan mencurigakan.

"Setelah dihampiri, kedua-duanya melarikan diri ke dalam semak yang berhampiran dan menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal mereka.

"Setelah diperiksa motosikal itu, ditemui sebuah beg sandang yang di dalamnya terdapat 200 biji pil berwarna kemerahan dan kehijauan yang dibungkus dalam plastik," katanya.

Kamaruddin berkata kedua-dua suspek akan ditahan tidak lama lagi. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan