Penyamun Parah Ditetak Pemilik Rumah

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tindakan dua lelaki memecah masuk sebuah rumah di Kampung Taman Desa Bayu Marang di sini awal Sabtu membawa padah apabila seorang daripada mereka cedera akibat ditetak dengan sebilah parang oleh tuah rumah itu.

Kejadian berlaku kira-kira 1.40 pagi selepas peniaga berusia 37 tahun itu dimaklumkan jirannya melalui telefon tentang rumahnya dipecah masuk.

Geram mendengar berita itu, peniaga itu bergegas pulang ke rumah dengan berbekalkan sebilah parang dan menelefon penduduk kampung untuk meminta bantuan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP, K.Manoharan.

Setibanya di rumah, peniaga terbabit melihat dua lelaki berada di ruang tamu dan suspek yang terkejut dengan kehadiran tuan rumah serta penduduk kampung terus melarikan diri melalui pintu hadapan.

"Orang kampung dan peniaga itu terus mengejar kedua-dua suspek sehingga ke dalam semak di hadapan rumahnya sebelum seorang suspek terjatuh dan berlaku pergelutan antara suspek dan orang kampung," kata Manoharan kepada pemberita di sini Sabtu.

Peniaga yang naik berang itu bertindak memukul dan menetak betis kiri suspek yang berusia 29 tahun.

Manoharan berkata, suspek yang berasal dari Kampung Tok Fakir, Marang dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Katanya, polis kini memburu seorang lagi rakan suspek berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Pulau Kerengga, Marang yang berjaya melarikan diri.

"Suspek yang diburu ini memang individu yang dikendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan untuk rekod kedua-dua suspek ini merupakan penagih dadah dan mempuyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sementara itu Manoharan mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan kekerasan lebih daripada yang sepatutnya dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan kekerasan sehingga mendatangkan kecederaan parah.

"Kita puji sikap orang ramai yang membantu menangkap penjenayah dan secara tidak langsung dapat membantu polis menyelesaikan kes namun jangan bertindak keterlaluan yang boleh menyebabkan mereka turut disabitkan kesalahan.

"Dalam kes ini kita masih menilai sama ada peniaga terbabit turut dikenakan tindakan atau sebaliknya dan parang yang digunakan untuk menetak suspek turut dirampas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan