Lapan Cedera Terkena Tembakan Rambang

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di sini cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng dalam kejadian awal pagi Ahad.

Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja bulat mencuba resipi baru yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka naiki.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan suspek berjaya melarikan diri sejurus selepas melepaskan tembakan," katanya.

Berikutan itu, katanya satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan