Enam Nelayan Diselamat Selepas Tiga Jam Terapung

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUYAU (Sarawak): Enam nelayan termasuk dua beranak diselamatkan 30 penduduk dari Kampung Tebeluk dan Kampung Maludam, di sini selepas tiga jam terapung apabila bot mereka dipukul ombak setinggi satu meter di Pulau Burung, di sini malam Sabtu.

Saimi Rakawi, 44, dan ayahnya Rakawi Aris, 60-an, terpaksa bergantung pada jaket keselamatan dan berpaut pada tong ketika kapal dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak.

Kejadian itu yang berlaku berhampiran perairan antara Simunjan dan Sebuyau turut membabitkan empat lagi mangsa iaitu Wan Akop, Din dan Ambia, ketiga-tiga mereka berusia 40-an, dan Salleh, 50-an.

Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Lima, Asisten Komisioner Mohamad Saleh Mat Jani berkata kejadian berlaku ketika enjin bot jenis Kelas A yang dikendalikan Saimi mulai karam dalam perjalanan pulang selepas menangkap udang kira-kira 3.5 batu nautika dari Rumah Api Tanjong Bajong, di sini.

"Ketika hampir satu batu nautika untuk sampai ke tebing pantai, bot berkenaan dipercayai dipukul ombak setinggi satu meter menyebabkan enjinnya mati. Sebelum bot tersebut karam, para nelayan tersebut sempat menghubungi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau dan melaporkan kejadian itu.

"Bertindak daripada laporan tersebut, seramai 30 penduduk dari Kampung Tebeluk dan Kampung Maludam, di sini dengan menaiki lima buah bot membantu mencari kesemua mangsa," katanya di sini, Ahad.

Menurutnya kira-kira 11.30 malam, kesemua mangsa berjaya ditemui penduduk kampung dan mereka dibawa ke Pengkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching untuk tindakan lanjut.

"Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan