Dua Pemandu Bot Ditikam, Diacu Pistol

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua pemandu bot, seorang daripadanya cedera di bahu kiri akibat ditikam menggunakan badik, setelah diserang dalam dua kejadian berasingan di Pulau Perhentian pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira 8.15 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun berada di Pasir Panjang untuk menunggu pelancong sebelum didatangi lima lelaki tidak dikenali dan seorang daripada mereka tiba-tiba terus menikam bahu mangsa.

Beliau memberitahu pemberita di sini pada Sabtu, pemandu bot yang takut dengan serangan itu, berjaya melepaskan diri untuk mendapatkan bantuan penduduk kampung, mengakibatkan kelima-lima suspek terus melarikan diri.

Katanya, mangsa dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, polis percaya motif serangan berpunca daripada hutang lama dan serangan dipercayai dilakukan orang luar.

Manoharan berkata, dalam kejadian kedua 45 minit selepas itu, enam lelaki dan seorang wanita bertindak menyerang seorang pemandu bot di pulau itu dan memaksa pemandu bot berusia 28 tahun itu membawa mereka ke jeti Kuala Besut.

Katanya, semasa di dalam bot suspek bertindak mengajukan senjata dipercayai pistol ke kepala mangsa dan mangsa yang takut dengan tindakan itu membawa kesemua suspek ke jeti Pasir Panjang.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan merupakan orang pulau itu kerana mereka menginap di sebuah chalet di pulau berkenaan. Namun ketika serbuan dilakukan kesemua suspek telah melarikan diri," katanya.

Manoharan berkata, polis tidak menolak kemungkinan serangan dalam kedua-dua kes itu dilakukan suspek yang sama dan turut bermotifkan balas dendam serta hutang.

Katanya, hasil siasatan polis berjaya mengenal pasti seorang suspek berusia 26 tahun yang berasal dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut dipercayai terlibat dalam kes serangan membabitkan dua pemandu bot berkenaan.

"Kita telah menyerbu ke rumah suspek namun suspek melarikan diri dan kini kami masih memburu enam lelaki dan seorang wanita yang berusia 20 hingga 30 tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan