Potong Kemaluan: Bapa Sedarkan Diri, Suspek Perlu Jalani Pembedahan

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anak kandungnya telah sedarkan diri dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, mangsa yang berusia 67 tahun itu mula sedarkan diri pada Rabu lalu dan kini stabil setelah menjalani pembedahan untuk menyambung kembali kemaluannya 24 Mac lepas.

Beliau berkata, suspek yang berusia 40 tahun, terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi kerana belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan.

"Suspek terpaksa jalani pembedahan dalam masa terdekat kerana luka yang dihadapi masih belum sembuh," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Manoharan berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital untuk mengetahui keadaan sebenar suspek.

Beliau berkata, tangkapan dan siasatan akan dilakukan sebaik pihak hospital memaklumkan keadaan kesihatan suspek.

Pada 24 Mac lepas seorang penyelia di sebuah kilang di ibu negara bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Dalam kejadian 1.30 pagi di kediaman keluarganya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya Dungun, suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan 'semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun iparnya itu berjaya melarikan diri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan