Kanak-Kanak Ditemui Selamat Dalam Rumah Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui selamat di dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Haji Ali, Batu 6, Jalan Gambang di sini pagi Jumaat.

Mohd Haikal Mohd Saipul, 6, ditemui oleh pihak bomba dan penyelamat.

Dia ditinggalkan ibunya buat sementara waktu dengan jiran mereka ketika ibunya seorang warga Indonesia yang mengandung empat bulan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan.

Zaituni Radimus Ali Ahmad, 40, berkata setelah diberitahu tentang kebakaran kira-kira 10.30 pagi itu, dia terbayangkan keselematan anak bongsunya itu.

"Sebaik sampai di rumah, saya bertambah panik apabila melihat asap dan api yang marak, tetapi saya masih belum jumpa anak saya," katanya.

Kebakaran itu turut memusnahkan tujuh buah rumah lain dan sebuah kereta.

Penguasa Bomba (Bahagian Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Alimaddia Bukir berkata pihaknya sempat menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang berada seorang diri di dalam rumah.

Api dipercayai mula merebak daripada salah sebuah rumah berkenaan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan