Pistol Ditemui Berhubung Kes Samun

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menemui sepucuk pistol semi automatik jenis Norinco berkaliber 9mm buatan China yang dipercayai milik suspek yang diberkas 28 Mac lalu berhubung kes samun.

Pistol itu ditemui di dalam beg milik Lam Tin Soong, 41, di kawasan semak di belakang rumah sewanya di Taman Jalan Pintasan-Taman Astaka Village, Peramu pada Selasa lepas hasil soal siasat ke atas suspek.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis turut menemui enam butir peluru di dalam beg itu.

"Kita percaya suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk dadah menyimpan senjata berkenaan di situ selepas menyamun rumah seorang jurujual pada 27 Mac lepas.

"Polis juga sedang menjalankan siasatan ke atas penggunaan pistol terbabit dalam jenayah lain," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya siasatan lanjut juga diteruskan sama ada terdapat individu lain yang terlibat.

Dalam kejadian samun di Taman Ceria itu, seorang jurujual bersama isteri dan lima anaknya disamun dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan pistol.

Mereka melarikan sebuah komputer riba, dua I-pad dan tiga telefon bimbit.

Susulan itu tiga suspek ditangkap termasuk Lam.

Dua lagi ialah Tan Chuan Hoe, 38, yang diberkas sehari selepas kejadian serta Lim Cheng Leong, 37, yang menyerah diri pada 30 Mac.

Seorang lagi suspek, Fong Hau Hean, 23, ditahan pada 30 Mac kerana didapati menyimpan peluru. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan