Empat Lelaki Diburu Berhubung Kes Tembak

Diterbitkan: Khamis, 4 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis sedang memburu empat lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan di Besut pada 19 Mac lalu.

Mereka ialah Mohd Rosli Mat Hassan, 27, Mohd Hasrul Ab Manaf, 28, yang kedua-duanya dari Pasir Mas, Kelantan; Shaiful Hafiza Said, 27, dari Kampung Bekok, Besut dan Zunaidi Ibrahim, 32, dari Kampung Bukit Payong, juga Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata, keempat mereka amat diperlukan bagi mengesan senjata yang digunakan ketika melepaskan dua das tembakan ke atas sebuah rumah di Kampung Pasir Akar.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat tentang suspek menghubungi balai polis terdekat.

Sebelum ini empat suspek telah ditahan.

"Kita telah berjaya menahan suspek utama berumur 26 tahun pada 19 Mac lalu di sebuah kedai makan di Jerteh, namun kita tidak menjumpai senjata jenis semi automatik yang digunakan dalam kejadian itu.

"Selepas itu kita memberkas tiga lagi suspek yang berusia antara 25 hingga 48 tahun termasuk bapa mertua kepada suspek utama di sekitar Besut dan Kelantan dari 22 hingga 25 Mac," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Manoharan berkata, ketiga-tiga suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis untuk untuk dijadikan saksi pendakwaan.

Beliau berkata, senjata api berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran dan kini pihaknya sedang berkerjasama dengan polis Kelantan serta pihak imigresen dan kastam berhubung kemasukan senjata larangan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan