Peniaga Maut Ditembak Tujuh Kali Di Lingkaran Pantai Jerjak

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pegawai perubatan memeriksa seorang peniaga yang maut selepas terkena tujuh das tembakan di Lingkaran Pantai Jerjak dekat George Town pada Selasa. Mangsa S. Arumugam, 48, dari Changkat Minden, Sungai Gelugor ditemani seorang rakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan melepaskan tembakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa. Rakan mangsa berjaya melepaskan diri dan pihak polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan rakan mangsa. --fotoBERNAMA,/b>

GEORGE TOWN: Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepas lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak dekatsini pada 4.40 petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata ketika kejadian, mangsa, S.Arumugam, 48, dari Changkat Minden, Sungai Gelugor sedang memandu kereta jenis Hyundai Matrix dengan ditemani seorang rakan.

"Ketika sampai di persimpangan jalan, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar penuh dan seorang daripada mereka telah melepaskan tempakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa.

"Rakan mangsa yang turut berada dalam kereta ketika tembakan dilepaskan berjaya melarikan diri, dan sepasukan anggota polis telah diarah untuk mengesan suspek dan rakan mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mazlan berkata mangsa, yang memiliki rekod jenayah lampau, mati di tempat kejadian dan motif masih disiasat.

"Berdasarkan maklumat daripada pasport mangsa yang ditemui, didapati mangsa baru balik dari sempadan di utara," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan