Polis Tahan 11 Warga Asing & Rampas Syabu Bernilai RM2.3 Juta

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 warga asing, merampas syabu dan menemui sebuah makmal memproses dadah, kesemuanya berjumlah RM2.3 juta di ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata warga asing itu berumur antara 22 dan 58 tahun terdiri dari tujuh warga Iran, tiga Nigeria dan seorang Pakistan.

Polis memberkas tiga lelaki warga Nigeria dan merampas tiga kilogram syabu bernilai RM600,000 yang diisi dalam sebuah kotak sabun di Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara, pada 26 Mac.

Syabu seberat 1.06kg bernilai RM200,000 pula ditemui dalam sepasang kasut seorang warga Pakistan yang baru tiba di KLIA dari Dubai pada 31 Mac, katanya pada sidang media, di sini.

Pada hari yang sama, Noor Rashid berkata tujuh warga Iran ditahan secara berasingan di sebuah kondominium di Jalan Kuching dan sebuah kondominium di Taman Sri Hartamas. Penangkapan mereka telah membawa kepada penemuan syabu dan sebuah makmal memproses dadah syabu, di sini, kesemuanya berjumlah RM1.5 juta, katanya.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

"Polis turut membuat sitaan harta kepunyaan mereka berupa empat buah kenderaan iaitu Honda CRV, Toyota, Hyundai dan Myvi serta wang tunai RM197,450 dan US$1,400," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan