Lelaki Menyamar Bomoh Siam Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai bomoh Siam dan menipu orang ramai dengan nilai wang hampir RM1 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki berusia 30 tahun dari Alor Star itu telah ditangkap pada 27 Mac.

"Berdasarkan siasatan kami, lelaki itu mempunyai beberapa akaun bank.

"Dia juga mempunyai empat kereta mewah. Sebuah Honda Accord dan BMW M5 Sport telah disita dan kami masih mengesan dua buah kereta, Subaru Impreza dan Nissan Skyline," katanya kepada wartawan di sini, Selasa.

Mohd Shukri berkata polis bertindak terhadap empat laporan yang dibuat di sini sejak 14 Mac.

"Kami percaya dia juga terlibat dalam lebih banyak kes penipuan di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

"Modus operandinya ialah dengan mengedarkan risalah sambil menyamar sebagai bomoh yang meramalkan nombor loteri sementara menunggu mangsa menghubungiya," katanya.

"Dia kemudian memberitahu mangsa supaya mendepositkan wang ke dalam akaun banknya jika ingin bertemu dengan 'bomoh' bagi mendapatkan nombor loteri," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan