Potong Kemaluan: Bapa Masih Belum Sedarkan Diri, Emosi Anak Tidak Stabil

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anak kandungnya masih belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata mangsa yang berusia 67 tahun itu kini stabil setelah menjalani pembedahan untuk menyambung kembali kemaluannya Ahad lepas.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada beberapa anggota keluarga mangsa bagi membantu siasatan.

"Keadaan mangsa telah stabil namun masih tidak sedarkan diri manakala suspek pula mengalami gangguan emosi.

"Walaupun emosi suspek masih belum stabil namun siasatan lanjut berhubung kes itu tetap dijalankan dan penahanan akan dilakukan sebaik suspek pulih daripada kecederaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Manoharan berkata setakat ini pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital untuk mengetahui keadaan sebenar suspek.

Pada 24 Mac lepas seorang penyelia di sebuah kilang di ibu negara bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Dalam kejadian 1.30 pagi di kediaman keluarganya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan "semangat Imam Nawawi" daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan