Polis Tahan Tiga Bekas Banduan Aktif Samun Bersenjata

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang menahan tiga bekas banduan secara berasingan yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang dan sepucuk pistol di Taman Ceria di sini pada 27 Mac lepas.

Hasil maklumat awam, suspek pertama berusia 41 tahun, berasal dari Taman Tas Putra di sini ditangkap pada 28 Mac kira-kira 1 tengah hari di sebuah rumah di Lorong Sri Kuantan, di sini.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa, sebilah parang dan kereta yang dipercayai digunakan semasa menyamun rumah mangsa.

"Ekoran tangkapan itu, seorang lagi rakan suspek, berusia 38 tahun, dari Klang, Selangor diberkas 3 petang pada hari sama di sebuah inap desa di Jalan Kuantan - Pintasan di sini bersama sepucuk pistol jenis revolver dan sepuluh butir peluru serta sebuah iPad," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata suspek ketiga berusia 37 tahun, dari Triang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan pada 6.30 petang, 30 Mac lepas bersama sebuah iPad dan kamera digital.

Dalam kejadian 11 pagi pada 27 Mac lepas, seorang jurujual, 41, bersama isteri dan lima anaknya disamun dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan sepucuk pistol dan parang ketika sedang berehat di rumahnya.

Penyamun terbabit melarikan sebuah komputer riba, dua buah iPad dan tiga buah telefon bimbit sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih.

Sharifuddin berkata ketiga-tiga lelaki yang merupakan rakan baik itu kini ditahan reman sehingga 5 April di lokap IPD Kuantan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai tujuh rekod jenayah, manakala suspek kedua ada 16 rekod jenayah dan dikehendaki polis sementara suspek ketiga mempunyai tiga rekod jenayah," katanya. Menurutnya kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 8, 9 dan 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sharifuddin berkata polis turut menahan seorang lagi lelaki, berusia 23 tahun, berasal dari Mentakab yang merupakan rakan suspek ketiga kerana didapati menyimpan peluru.

Katanya pelayan bar yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu ditahan di tempat kerjanya di Kampung Tiram, di sini pada 2 pagi, 30 Mac lepas. Kita percaya pelayan bar itu tidak terbabit dalam kejadian samun berkenaan tetapi dia tetap bersalah kerana menyimpan peluru yang diberikan salah seorang suspek dan akan didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Pihaknya juga percaya dengan penangkapan tiga suspek yang aktif dalam kegiatan jenayah samun di sini sejak beberapa tahun lepas berkenaan dapat menyelesaikan kes samun melibatkan senjata api. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan