Polis Buru Lelaki Bertindak Agersif Rempuh Kereta di Batu Rakit

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis memburu seorang lelaki yang bertindak agresif merempuh kereta peronda ketika anggota polis terbabit menjalankan Ops Lejang dan kegiatan mencuri motor di Kampung Batu Rakit, awal pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, kenderaan polis yang sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan berjaya mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.

Beliau berkata kereta itu berhenti di sebuah chalet di tepi pantai sebelum seorang lelaki dan seorang wanita keluar menuju ke rumah penginapan berkenaan.

"Curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu, pihak polis menghampiri kereta berkenaan dan memperkenalkan diri sebelum pemandu kereta berkenaan mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta polis.

"Akibat rempuhan itu, kereta pasukan polis kemek di bahagian kiri penumpang sebelum lelaki itu bertindak memecut kereta dan melanggar pintu hadapan chalet tersebut," katanya kepada pemberita di sini. Manoharan berkata suspek kemudian terus melarikan diri menghala Kuala Terengganu dan pihaknya menghubungi balai berhampiran meminta bantuan untuk mengesan suspek.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam chalet itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 21 tahun yang berasal dari Kelantan bagi membantu siasatan. "Kita percaya suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri kerana terlibat dalam kes jenayah dan pengedaran dadah, ini kerana dua rakan suspek itu positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Manoharan berkata setakat ini, pihaknya memperoleh maklumat lanjut berhubung suspek dan masih mengesan lelaki itu untuk tangkapan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan