Pemandu Teksi Dan Penumpang Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dan penumpangnya seorang wanita Filipina maut selepas teksi itu bertembung dengan sebuah kereta berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek di Jalan Tun Perak di sini pagi Sabtu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor berkata nahas berlaku pada pukul 4.20 pagi apabila kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Jalan Raja Chulan menuju Dataran Merdeka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan teksi tersebut.

"Pemandu teksi R.Sivaraman, 35, mati selepas tersepit di dalam teksinya manakala penumpangnya yang dikenali sebagai Mechelle Perona, 25, mati akibat tercampak keluar dari teksi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rusli berkata, seorang lagi penumpang teksi iaitu warga Nigeria yang dikenali sebagai Jaeson, 34, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pemandu kereta tersebut seorang lelaki berumur 27 tahun dipercayai melarikan diri sejurus kemalangan namun identitinya telah dikenal pasti. - BERNAMA .

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan