Lelaki Lepas Tembakan Rambang Di Pusat Hiburan, Dua Cedera

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang lelaki yang memakai topi keledar penutup muka penuh tiba-tiba masuk ke sebuah pusat hiburan di sini pada Rabu malam dan melepaskan tembakan rambang, mencederakan dua pengunjung, menurut polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaakob lelaki itu datang ke pusat hiburan itu di Jalan Damai, Taman Serene pada kira-kira 11.45 malam dan melepaskan lima das tembakan daripada pistol semi automatik berkaliber 9mm.

Sedas daripada tembakan itu terkena betis kanan seorang lelaki berusia 42 tahun manakala sedas lagi mengenai bahagian dada kiri seorang lelaki berusia 51 tahun, katanya.

"Kita masih menyiasat motif sebenar suspek dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang daripada mangsa di hospital di sini.

Seorang lagi mangsa dibenarkan keluar hospital pada Khamis.

Zainuddin berkata terdapat 10 orang termasuk pekerja berada di pusat hiburan itu ketika kejadian. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan