Hampir 500 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Sepanggar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANGUS... Penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing tapi hanya dapat mencari sisa-sisa kebakaran di Kampung Numbak, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah, Khamis. Kebakaran yang berlaku pada 7.30 malam Rabu memusnahkan kira-kira 500 rumah atas air di kampung tersebut. -fotoBERNAMA
HANGUS... Penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing tapi hanya dapat mencari sisa-sisa kebakaran di Kampung Numbak, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah, Khamis. Kebakaran yang berlaku pada 7.30 malam Rabu memusnahkan kira-kira 500 rumah atas air di kampung tersebut. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Hampir 500 rumah atas air musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Numbak, Sepanggar, dekat sini Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata tujuh jentera bersama hampir 50 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.09 malam.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadamkan api disebabkan kedudukan rumah papan di situ yang rapat.

"Bila anggota bomba sampai, hampir keseluruhan perkampungan atas air itu sudah musnah terbakar," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohd Affendy berkata anggota bomba berjaya mengawal keadaan pada 10 malam.

Katanya setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai Datuk Jainab Ahmad berkata Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Umno Sepanggar telah mengagih-agihkan bantuan segera terutama makanan dan barang keperluan lain kepada mangsa kebakaran itu.

"Saya selaku wakil rakyat di sini akan memastikan segala keperluan terutama makanan diberikan kepada mangsa tersebut. Malam ini, saya sendiri akan turut serta mengagih-agihkan baju dan tilam kepada mangsa," katanya kepada Bernama.

Jainab yang juga Pembantu Menteri, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata jumlah penduduk yang terjejas dengan kebakaran itu mencecah 2,000 orang dan majoriti mangsa ditempatkan di Dewan Serba Guna Kampung Likas, balai raya Kampung Numbak dan SK Kebagu.

"Ada juga mangsa yang tinggal di rumah saudara mereka, dan kami merancang untuk memindahkan mangsa yang ditempatkan di SK Kebagu ke Dewan Masyarakat Menggatal pada hujung minggu sebelum sesi persekolahan dibuka Isnin depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan