APMM Patahkan Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai Hampir RM2 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 5 Kuala Linggi, Kapten Maritim Abu Bakar Idris (kanan) dan Pengarah Operasi Daerah 5 Maritim Kuala Linggi Kdr. Maritim V. Pannir Selvan (kiri) menunjukkan dadah jenis ecstasy pada sidang media di sini, Jumaat, mengenai kejayaan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup keluar lebih 40 kilogram dadah bernilai hampir RM2 juta di perairan Melaka. -fotoBERNAMA

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup keluar lebih 40 kilogram dadah bernilai hampir RM2 juta di perairan Melaka berhampiran Pulau Upeh di sini, Jumaat.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Melaka/Negeri Sembilan Kapten Maritim Abu Bakar Idris berkata dalam kejadian 6.25 pagi itu, bot peronda APMM yang melakukan Operasi Khas di perairan Melaka mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan kira-kira tiga batu nautika barat daya Sungai Melaka.

"Bot Kilat 19 APMM yang dinaiki seorang pegawai dan tiga anggota kemudian mengejar dan mengarahkan bot tersebut berhenti untuk pemeriksaan namun tidak diendahkan malah memecut lebih laju," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata sebanyak 10 das tembakan amaran ke udara telah dilepaskan anggota APMM disebabkan bot tersebut bertindak ganas dengan melanggar bahagian belakang kanan bot Kilat 19 APMM untuk melepaskan diri.

Katanya selepas mengejar lebih kurang 15 minit, kru bot gentian kaca tersebut telah mencampakkan dua buah beg berwarna hitam ke laut dan melarikan diri.

Abu Bakar berkata kedua-dua beg tersebut dijumpai dengan jarak masing-masing 500 meter di kawasan berhampiran Pulau Upeh.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua beg itu, pihak APMM menemui 46 bungkus plastik mengandungi dadah disyaki jenis ekstasi yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran. - BERNAMA

iklan

iklan

Iklan