Polis Buru 17 Suspek Berhubung Kes Tembak, 18 Kes Samun

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memburu 17 suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menembak mati seorang lelaki di Jalan Ampang pada 21 Mac lepas, selain beberapa kes samun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek berusia antara 30 dan 40 tahun itu disyaki anggota kumpulan 'Morning Glory' yang bergiat aktif dalam beberapa kes samun di Brickfields dan Cheras sejak sekian lama.

Mangsa yang mati ialah Chan Hong Sau, 31, yang ditembak di luar Hotel Corus.

Polis percaya mangsa merupakan salah seorang anggota kumpulan berkenaan, dan mungkin ditembak oleh rakan kumpulan itu sendiri akibat pertikaian dan rasa tidak berpuas hati pembahagian hasil rompakan," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Katanya, bagi kes samun, modus operandi mereka adalah memasuki rumah mewah antara 4 pagi hingga 7 pagi dengan memakai topeng ski dan sarung tangan sebelum menyamun dan melarikan kereta mewah mangsa.

Beliau berkata jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1 juta melibatkan 18 kes rompakan yang dilakukan oleh kumpulan itu.

"Mereka (ahli kumpulan) itu tinggal di hotel-hotel mewah di sekitar ibu kota sebelum dan selepas melakukan rompakan," katanya.

Ku berkata, dalam kejadian pada 21 Mac lalu, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh beberapa lelaki dengan melepaskan enam das tembakan, di mana empat tembakan terkena pada bahagian kepala, leher dan dada mangsa.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat pembunuhan itu dan kes rompak tersebut agar menghububgi pihak polis.

Sementara itu, polis sedang mencari beberapa orang bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Chan dan 18 kes rompkan tersebut.

Mereka ialah Yong Kok Wai alias Ah Wai, 41, beralamt terakhir di Gombak, Kuala Lumpur; Kek Hai Liong, 35, (Teluk Intan, Perak); Sin WEi Kit, 26, (Raub, Pahang); Liew Wan Keng, 41, (Sungai Besi, Kuala Lumpur); Koay Ah Sam, 40, Kajang, Selangor); Foo Kim Lai, 36, (Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur).

Liew Toh Choon, 27, (Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur); LIew Too Onn, 34, Ampang, Selangor); Wong Chee Keong, 43, (Selayang, Kuala Lumpur); Yip Kin Hoo, 34, Cheras, Kuala Lumpur); Chin Fai Tat, 28, Cheras, Kuala Lumpur); Cheong Cheow Soon, 35, (Cheras, Kuala Lumpur).

Leung Khai Man, 31, (Jalan Kenanga, Kuala Lumpur); Koh Wee Kiat, 35, (Puchong, Selangor); Wong Ee Yih, 43, (Johor); Yang Kim Fook, 38, (Perak) dan Leong Beng Hoe, 35, Batu Caves, Selangor). BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan