Mekanik Ditahan Ubah Suai Casis Motosikal Curi

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang mekanik ditahan kerana dipercayai mengubah suai nombor casis dan enjin motosikal curi.

Suspek yang berumur 26 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa pada pukul 3.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata suspek melakukan kegiatan itu sejak setahun yang lalu.

"Lelaki ini yang mempunyai bengkel motosikal sendiri turut diupah pencuri motosikal untuk mengubah nombor casis dan enjin sebelum motosikal dijual kepada pelanggan dengan harga RM300 tidak termasuk geran," katanya kepada pemberita di di sini, Rabu.

Beliau berkata suspek juga turut terbabit dalam kegiatan membeli geran motosikal daripada individu yang pernah kehilangan motosikal dan akan menggunakan nombor casis pendaftaran di geran tersebut untuk dipahat di motosikal yang baharu dicuri dengan harga RM300 lagi.

Sementara itu pada Ops Lejang yang dilancarkan sejak awal bulan ini sehingga pagi tadi, seorang warga emas berumur 62 tahun antara yang ditahan bersama 14 yang lain atas kesalahan memiliki motosikal curi dan mencuri motosikal.

"Warga emas itu menjadikan rumahnya sebagai transit menyimpan motosikal curi sebelum dihantar kepada mekanik tersebut untuk ditukar nombor casis dan enjin.

"Selain itu, kita turut menahan seorang pemilik sebuah restoran yang turut membeli dua buah motosikal curi," katanya.

Azham berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan Seksyen 29(1) kanun yang sama kerana gagal memberi keterangan mengenai status barangan dimiliki. "Kesemua suspek ditahan reman sejak semalam hingga esok untuk membantu siasatan. Dengan tertangkapnya suspek-suspek berkenaan kita berjaya menyelesaikan kira-kira 18 kes membabitkan kecurian motosikal di daerah ini," katanya.

Dalam pada itu, Azham berkata sebanyak 310 kes melibatkan kecurian motosikal dan kereta dilaporkan di daerah ini sejak 1 Januari hingga 26 Mac lepas.

"Setakat ini, kita berjaya menyelesaikan 79 kes melibatkan kecurian motosikal dan 22 kecurian kereta, manakala 13 tertuduh telah dibawa ke mahkamah untuk menjalani proses perbicaraan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan