Mayat Warga Asing Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Sungai Ampang

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang warga asing dipercayai dengan kesan tikaman di badan dijumpai di tebing Sungai Ampang berhampiran Bukit Belacan, Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 7.30 pagi sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.

"Siasatan mendapati mayat itu ada kesan kecederaan di badan seperti ditikam. Mangsa hanya memakai seluar panjang berwarna coklat dan tiada dokumen peribadi ditemui di badan mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan