Bekas Doktor Ditahan Dipercayai Edar Pil Psikotropik

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang bekas doktor dan merampas 4,800 biji dadah disyaki pil psikotropik bernilai RM240,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki tempatan berusia 64 tahun itu ditahan kira-kira 2.45 petang dan polis turut merampas wang tunai RM5,000 serta sebuah kereta jenis Toyota Altis daripadanya.

"Kesemua pil berkenaan dianggarkan mampu dibekalkan kepada 4,800 orang penagih. Siasatan awal mempercayai suspek terlibat dengan kegiatan itu sejak beberapa tahun lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, Selasa.

Mohd Mokhtar berkata, bekas doktor terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan dia negatif terhadap dadah.

Beliau berkata, dia kini direman sehingga Ahad ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menahan tiga lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Permas Jaya, di sini Khamis lepas.

Beliau berkata, serbuan secara tindakan bersepadu membabitkan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Seri Alam dan Unit Bom IPK Johor itu dilakukan pada 5 pagi dengan menemui sejumlah senjata api, peralatan mencetak pil khayal serta pelbagai dadah bernilai RM414,200.

Katanya, tindakan susulan yang dilakukan, polis kemudian turut menemui sejumlah lagi senjata api yang dipercayai diperoleh dari negara jiran apabila menggeledah sebuah kenderaan yang dipercayai ada kaitan dengan kesemua lelaki itu, kira-kira 3.45 petang, dua hari lepas.

"Kesemua dadah yang dirampas dipercayai mampu dibekalkan kepada 8,322 penagih iaitu membabitkan 1,648 gram disyaki serbuk ekstasi, 9.5 gram disyaki ketamin, 5.1 gram disyaki syabu serta sembilan biji disyaki pil ekstasi.

"Sejumlah senjata api yang dirampas pula antaranya membabitkan tujuh bom tangan, dua bom buatan sendiri, dua pistol jenis revolver .38, sepucuk pistol jenis walter bersama dua kelopak berisi enam butir peluru, dua pistol angin tiruan yang menyerupai jenis semi auto, dua pistol mainan plastik, satu alat pemanah serta 451 butir peluru pelbagai jenis," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar, kesemua lelaki berumur 22 hingga 44 tahun itu positif terhadap methamphetamine dengan dua daripada mereka mempunyai rekod berkaitan dadah dan membunuh tanpa niat.

Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama serta Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan