Harimau Baham Haiwan Peneroka Felda Akhirnya Masuk Perangkap

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai membaham 10 ekor kambing milik seorang peneroka di Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini akhirnya ditangkap, Sabtu.

Harimau itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bersebelahan kandang kambing milik peneroka itu yang terletak dalam kawasan ladang sawit tanah rancangan itu.

Peneroka berkenaan Mat Zain Deraman, 53, berkata beliau menyedari haiwan itu memasuki perangkap ketika mahu memeriksa perangkap di ladang tersebut pada kira-kira 8 pagi.

"Saya percaya harimau memasuki perangkap yang dipasang itu antara 3 hingga 6 pagi ini kerana petang kelmarin apabila saya pergi melihatnya belum ada apa-apa lagi," katanya ketika ditemui di ladangnya itu.

Katanya beliau akan membuat pemantauan terhadap perangkap itu setiap hari dengan mengumpan dua bangkai kambing yang mati dibaham harimau itu sejak kejadian Selasa lepas.

Mat Zain mengakui kerugian hampir RM10,000 apabila 10 ekor kambing yang diternaknya di kawasan ladang berkenaan dibaham harimau bintang itu dua malam berturut-turut termasuk malam Selasa dan Rabu lepas.

Berikutan kejadian itu, beliau meminta Jabatan Perhilitan Kelantan untuk memasang perangkap kerana bimbang beberapa lagi haiwan ternakannya akan turut menjadi mangsa.

"Mujurlah harimau itu berjaya ditangkap jika tidak mungkin saya akan menanggung kerugian lagi kerana masih ada baki lima kambing yang berada dalam kawasan ladang berkenaan," katanya.

Beliau berkata harimau itu akan diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan