Pemuda Umno, Adun Derga Buat Laporan Polis Dihalang Pasang Bendera

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemuda Umno Cawangan Tanjung Seri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga Dr Cheah Soon Hai hari ini membuat laporan polis berhubung ancaman keselamatan terhadap petugas Barisan Nasional (BN) yang memasang bendera di Kampung Chepoh dekat sini Khamis.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Cawangan Tanjung Seri Mohd Noor Said dan Dr Cheah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini.

Mereka mendakwa petugas BN yang memasang bendera dihalang oleh penyokong sebuah parti yang mendakwa kawasan itu hak mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Nor berkata laporan itu dibuat kerana bimbang hal itu akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Dr Cheah pula berkata beliau difahamkan Datuk Bandar Alor Setar sudah pun memberi kebenaran kepada semua parti untuk memasang bendera di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar selagi tidak melanggar syarat ditetapkan.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang turut hadir di IPD Kota Setar berharap pihak polis memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan