Komputer Dengan Perisian Cetak Rompak Bernilai RM38,000 Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelbagai barangan komputer termasuk komputer riba, cakera keras dan salinan perisian cetak rompak bernilai RM38,000 dirampas Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam dua serbuan baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata serbuan dilakukan di sebuah kedai di Terminal One Shopping Centre di Seremban, Negeri Sembilan Sabtu lalu dan di sebuah kedai di IOI Mall di Puchong, Selangor Rabu lepas.

"Serbuan dibuat berdasarkan pemantauan oleh pihak kementerian di mana kedai-kedai ini disyaki menjual komputer dengan perisian cetak rompak.

"Kes ini akan dibawa ke mahkamah di mana tuduhan akan dibuat di bawah Akta Hak Cipta 1987 kerana membekalkan salinan langgaran yang boleh membawa hukuman denda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mohd Roslan berkata kementerian memandang serius kes seperti itu kerana perisian cetak rompak selalunya mempunyai virus malware yang bukan saja menjejaskan kualiti dan operasi komputer terbabit, malah kajian menunjukkan ia boleh mendedahkan butiran peribadi kepada pihak lain termasuk maklumat bank, sekiranya menggunakan perkhidmatan online.

Beliau berkata lebih buruk lagi sekiranya komputer tersebut mempunyai kamera (webcam), di mana kamera tersebut boleh beroperasi dengan sendiri dan mendedahkan apa yang berlaku tanpa pengetahuan pengguna terbabit.

"Malahan, kajian dijalankan International Data Corporation baru-baru ini mendapati keadaan itu membuka ruang kepada serangan virus malware ke atas satu daripada tiga pengguna dan tiga dalam 10 pengguna bagi perniagaan dan pengguna seluruh dunia akan membelanjakan 1.5 bilion jam dan USD22 bilion untuk mengenal pasti, membaiki dan pulih daripada virus malware," katanya.

Mohd Roslan turut menggesa pengeluar dan pembekal komputer serta pengguna untuk sentiasa menggunakan perisian tulen untuk komputer mereka.

Beliau berkata kementerian juga tidak menggalakkan pengeluar dan pembekal menjual komputer yang kosong tanpa sebarang perisian, malah sebaik-baiknya komputer yang hendak dijual itu hendaklah dipasang dengan perisian tulen terlebih dahulu bagi mengelakkan permintaan terhadap perisian cetak rompak.

Satu perjumpaan juga akan diadakan dengan pihak pengeluar dan pembekal komputer dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan