Remaja Lelaki Cedera Terkena Tembakan Sepupu

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki cedera di kaki kanan selepas terkena tembakan oleh sepupunya dalam sebuah rumah kosong di Permatang Pauh dekat sini malam Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, remaja berusia 18 tahun itu bersama tiga lelaki lain pergi ke rumah kosong berkenaan untuk mengemas bagi mengadakan majlis kenduri.

"Remaja itu bersama adiknya (17 tahun), sepupu (26 tahun) dan seorang lelaki warga Bangladesh (27 tahun) pergi ke rumah itu untuk mengemas, dan tiba-tiba sepupunya mengambil sepucuk pistol di atas sebuah almari dan cuba bermain-main dengan senjata api berkenaan.

"Ketika sepupu mangsa sedang memegang pistol berkenaan, salah seorang daripada mereka cuba menarik picu dan secara tidak sengaja satu das tembakan terlepas kemudian terkena kaki kanan mangsa," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan untuk Tabung Perwira Lahad Datu, di sini Rabu.

Katanya akibat tembakan itu, mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan dan sekarang berada dalam keadaan stabil.

Abdul Rahim berkata, selepas berlaku tembakan itu, tiga lagi lelaki yang bersama mangsa terus melarikan diri dengan membawa pistol berkenaan.

Katanya polis telah mengenal pasti identiti ketiga-tiga lelaki terbabit dan siasatan awal mendapati mereka tinggal berhampiran rumah kosong berkenaan.

"Berdasarkan siasatan, pistol itu milik sepupu mangsa berusia 26 tahun dan dia menyembunyikan senjata api dalam rumah tersebut manakala tiga yang lain memang tidak tahu mengenai senjata api itu," katanya.

Katanya, polis turut menemui 'slug' pistol di tempat kejadian dan dihantar ke unit forensik untuk siasatan.

Sementara itu, mangsa yang ditemui di HSJ berkata mereka pergi ke rumah itu untuk mengemas kerana mahu mengadakan kenduri di situ dan ketika sedang mengemas sepupunya menunjukkan pistol berkenaan.

Katanya lelaki warga Bangladesh itu cuba mengambil pistol tersebut daripada sepupunya, bagaimanapun tertekan picu dan berlaku tembakan sehingga mengenai kakinya.

"Sebaik terkena tembakan, adik saya memanggil sepupu lain yang tinggal berhampiran rumah itu dan dia membawa saya ke hospital, manakala tiga yang lain (adik, sepupu berusia 26 tahun dan lelaki (Bangladesh) saya tidak tahu mereka ke mana," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan