Polis Tumpas 'Geng Kechik Selayang'

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket curi dan lerai motosikal dikenali sebagai 'Geng Kechik Selayang' yang dipercayai bergerak aktif di sekitar kawasan Lembah Klang dan Pahang sejak tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata polis menahan ketua geng itu dalam satu operasi di Jalan Gombak pada kira-kira 2 pagi, dua minggu lepas.

"Susulan tangkapan itu, polis berjaya mengesan saki-baki anggota geng itu dan menahan 19 lelaki dan seorang perempuan warga tempatan, yang dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.

"Polis merampas 27 motosikal dan beberapa alat besi yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata penemuan semua barangan curi itu menyelesaikan 12 kes curi motosikal yang dilapor iaitu tiga di Sentul, tujuh di Gombak dan dua di Pahang.

Zakaria berkata semua suspek yang berusia antara 17 dan 28 tahun itu ditahan reman sehingga 24 Mac.

Beliau berkata siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk mencuri kenderaan dan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi," katanya.

Beliau berkata modus operandi mereka adalah mencuri motosikal dari tempat awam dan menjualnya kepada pihak ketiga dengan harga RM300 hingga RM1,000. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan