Polis Temui 160 Butir Peluru di Tebing Sg Muar

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis kini mengesan pihak yang terlibat membuang sejumlah 160 butir peluru senjata M16 dan .38 dalam sebuah kotak besi di tebing Sungai Muar berhampiran Sekolah Menengah Sains Muar (SMSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris berkata peluru ITU dijumpai seorang pekerja rumah burung yang mencari umpan memancing dekat sungai itu pada kira-kira 12.20 tengah hari, 16 Mac lepas.

"Kotak besi berkenaan, yang sudah berkarat, dijumpai tertanam dalam lumpur dan hasil pemeriksaan polis menemui satu unit kelopak berisi 30 butir peluru M16. "Turut ditemui lima kotak berisi 100 butir peluru M16 dan 12 butir lagi dalam sebuah uncang berwarna hitam dan 18 butir peluru .38 dan kesemuanya masih dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kotak besi hitam itu dipercayai berada di situ sejak sebulan lepas. Berikutan penemuan itu, Harun berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan pihak yang dipercayai membuangnya di kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang. -BERNMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan