Pemandu Maut Selepas Lori Muatan Balak Terbalik

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Gara-gara muatan berlebihan seorang pemandu lori balak maut apabila kenderaannya terbalik ketika melalui jalan berselekoh dan berbukit di Jalan Ladang Cegar Perah dekat Lipis.

Mangsa, Mohd Azizu Mat Zin, 30, berasal dari Kampung Keruak, Hulu Besut, Terengganu mati semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Cegar Perah.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian 12.30 tengah hari Selasa, mangsa memandu lori muatan balak itu sendirian menuju ke kawasan ladang berkenaan.

"Semasa melalui selekoh di situ, mangsa hilang kawalan menyebabkan kenderaannya terbalik ke kanan jalan dipercayai disebabkan muatan balak yang berlebihan.

"Ekoran itu, mangsa cedera parah di kepala dan badan akibat terjatuh dan dihempap kenderaan terbabit," katanya di sini, Rabu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, M. Mohramu, 37, turut terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah lori.

Katanya dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam di km 20 Jalan Maran-Jerantut dekat Maran itu mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Jerik menuju bandar Maran.

"Ketika melalui selekoh tajam di situ, mangsa termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit," katanya.

Beliau berkata akibat pertembungan itu mangsa mati semasa menerima rawatan di Hospital Jengka sejurus kemudian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan