Imigresen Pulau Pinang Tahan Tujuh Pelacur

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan tujuh wanita termasuk enam daripadanya warga negara Indonesia yang bekerja sebagai pelacur dalam serbuan berasingan di dua hotel di Butterworth, di sini Rabu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasanya Basri Othman berkata semua wanita berusia 18 hingga 32 tahun itu ditahan dalam Ops Sayang yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Imigresen pada 1.40 tengah hari, Rabu.

"Hasil risikan dan maklumat awam, kami menyerbu sebuah hotel bajet di sini dan menahan empat wanita yang bekerja sebagai pelacur di situ. Selain itu kita turut menahan dua lelaki tempatan yang menjaga premis berkenaan untuk membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya susulan serbuan itu, pihaknya menyerbu sebuah lagi hotel bajet dan menahan tiga lagi wanita yang turut bekerja sebagai pelacur di premis berkenaan.

"Serbuan di hotel kedua, kita turut tahan dua lelaki tempatan yang dipercayai penjaga wanita berkenaan. Berdasarkan siasatan awal, pihak hotel mengupah tujuh wanita berkenaan untuk menjalankan kagiatan tidak bermoral bagi menarik lebih ramai pengunjung," katanya.

Basri berkata seorang daripada wanita yang ditahan itu mempunyai kad pengenalan bagaimanapun hasil pemeriksaan rapi pihaknya meragui ketulenan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya dua hotel yang diserbu itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini kerana melakukan kesalahan yang sama iaitu mengupah warga asing sebagai pelacur di premis mereka.

"Tiga daripada wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala yang lain akan disiasat mengikut Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan