Guru Hina Pasukan Keselamatan Dibebas Sementara Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.

"Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan kira-kira 7 malam Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat di sini.

Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' dalam laman sosial Facebooknya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan